Sunday, May 30, 2021

SEGALA AMALAN BERDASARKAN NIAT

                           

                  

MPU23072 

PELANCONGAN DAN HOSPITALITI 

DALAM ISLAM 


E-FOLIO

SEGALA AMALAN BERDASARKAN NIAT


NAMA PENSYARAH :

USTAZ MOHD FIRDAUS BIN MOHD HALIN


AHLI KUMPULAN :

  • AMIRA ATIKAH BINTI MOHD JAMLI 
  • RAHMATULLAH LATIFAH BINTI MOHD ZIN
  • NUR SHAHIELA BINTI HAMIDI ROSLI
  • AINA SHAHIRAH BINTI









Assalammu’alaikum

                Segala puji bagi Allah SWT, Robb semesta alam. Sholawat dan salam semoga senantiasa tercurah kepada Rasulullah SAW, beserta keluarga, para shohabat, dan para pengikutnya hingga akhir zaman . Blog ini merupakan satu platform untuk kami berkongsi serba sedikit tentang maklumat yang kami jumpai . Kami terdiri daripada empat orang ahli yang telah berusaha mencari maklumat untuk E-folio berkaitan dengan tajuk kami iaitu Segala Amalan Berdasarkan Niat . 

            Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz selaku pensyarah kami dalam Pelancongan dan Hospitaliti Dalam Islam atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada kami .         

 Kami berharap agar kajian ini dapat memberikan manfaat serta pengajaran yang berguna kepada pelajar lain . Segala kesilapan atau kekasaran yang terdapat sepanjang perkongsian ini diharap dapat dimaafkan . Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah , yang buruk datangnya dari kesilapan dan kelemahan kumpulan kami sendiri .




PENGENALAN

                     Secara bahasa (Arab), Niat adalah keinginan dalam hati untuk melakukan suatu tindakan. Orang Arab menggunakan kata-kata niat dalam arti "sengaja". kadang- kadang niat juga digunakan dalam pengertian sesuatu yang dimaksudkan atau disengajakan.

                    Secara istilah, tidak terdapat definisi khusus untuk niat. Karena itu, banyak ulama yang memberikan makna niat secara bahasa, semisal Imam Nawawi yang mengatakan "niat adalah bermaksud untuk melakukan sesuatu dan bertekad bulat untuk mengerjakannya.” Mengacu kepada hadits shahih, niat adalah motivasi, maksud, atau tujuan di balik sebuah perbuatan. Rasulullah Saw menyatakan, niat menjadi penentu pahala sebuah perbuatan. Jika niatnya karena Allah, maka pahalanya dari Allah. Jika niatnya bukan karena Allah, atau disertai motif lain, maka Allah tidak akan menerima amalan itu sebagai ibadah.


إنما الأ عمال بالنيات، وإنما لكل امرئ ما نوى
                 
   "Sesungguhnya amalan itu tergantung niatnya dan seseorang akan mendapatkan
                                 sesuai dengan apa yang ia niatkan" (HR Bukhari & Muslim)


FUNGSI NIAT

               Dalam Islam, niat berfungsi sebagai pembeda amalan.  Niat membedakan antara satu ibadah dengan ibadah lainnya atau membedakan antara ibadah dengan kebiasaan. Niat juga membedakan tujuan seseorang dalam beribadah. Itulah sebabnya, niat menjadi rukun dan / atau syarat sah semua amal ibadah. Niat menempati posisi pertama dalam setiap rukun atau syarat sah ibadah.

Allah SWT memerintahkan kita, umat Islam agar senantiasa meluruskan niat beribadah hanya karena Allah SWT saja (ikhlas) :


وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

                    "Padahal mereka tidak disuruh, kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya, dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat
 dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus."

Dalam sebuah riwayat disebutkan, ada dua orang melakukan shalat, orang yang pertama meraih keridhaan Allah SWT sehingga dosa-dosanya gugur, sedangkan orang yang kedua mendapatkan kecelakaan dan kemurkaan Allah Azza wa Jalla karena nifak dan riyâ’nya



SEGALA AMALAN BERDASARKAN NIAT 

Niat adalah satu perkara yang mudah tetapi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang mukmin bagi menentukan samada ibadat diterima oleh Allah.



“Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khattab RA, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Segala amal itu bergantung pada niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan apa yang diniatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu kerana kesenangan dunia atau kerana seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ditujunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Niat menurut bahasa tujuan hati atau kehendak hati. Niat mengikut istilah syarak ialah gerak hati ke arah sesuatu pekerjaan untuk mencari keredaan Allah dan menyatakan tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Oleh itu, setiap amal mesti disertai dengan niat hanya untuk Allah.

            Sebahagian dari ulama ada mengatakan bahawa hadis tentang niat ini merangkumi satu pertiga daripada islam. Ini menunjukkan betapa pentingnya niat dalam kehidupan seharian terutamanya ketika beribadah kepada Allah. Bahkan pentingnya hadis ini menyebabkan kebanyakan para ahli hadis yang mengarang buku-buku hadis akan memulakan buku mereka dengan hadis ini.



KEPENTINGAN NIAT 

                Niat adalah sebab untuk mewujudkan atau melahirkan amal. Jika amalan yang dilakukan adalah niat kerana Allah, maka kita akan mendapat pahala. Namun, jika niat selain daripada itu, maka amalan kita adalah sia-sia.

                Amal yang memerlukan kepada niat ialah segala amal atau perbuatan yang disyariatkan oleh agama. Dalam agama Islam, terdapat amal-amal yang diwajibkan ke atas setiap mukallaf, yang disunatkan dan yang diharuskan. Jadi dengan niat, dapat membezakan antara amal-amal tersebut. 

                     Dalam kehidupan harian seorang mukmin, amal-amal yang dilakukan dalam mencari redha Allah berkisar sekitar ibadat khusus dan ibadat umum. Dalam amal ibadah terdapat ibadat fardhu atau wajib dan ibadat sunat. Sebagai contoh mandi kerana mengangkat hadas dan mandi kerana kebiasaan adalah sama. Namun, apa yang membezakan keduanya adalah niat.


NIAT DI HATI

Allah tidak menilai sekadar yang zahir tetapi allah menilai apa yang tersirat di dalam hatinya. Niat di hati kerana Allah, amalan yang dilakukan mesti menepati syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW



إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ ، وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa bentuk kamu dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)


  • Hati merupakan semulia-mulia anggota . Niat adalah neraca bagi mensahihkan setiap amalan. Lantaran itu apabila niatnya baik, maka baiklah amalannya. Jika rosak niatnya, maka rosaklah amalan tersebut. 





























No comments:

Post a Comment

SEGALA AMALAN BERDASARKAN NIAT

                                               MPU23072  PELANCONGAN DAN HOSPITALITI  DALAM ISLAM  E-FOLIO SEGALA AMALAN BERDASARKAN NIAT NA...